Sabtu, 22 Januari 2022

AlQuran Tag

 



Tak kenal maka tak cinta
Tak cinta maka tak kata

Tak cuba maka tak rasa
Tak suka tak mesti tak jatuh cinta

Seperti cintaya Nabi kepada isterinya Khadeeja
Seperti cintanya Ali kepada isterinya Fateemah

Tidak terikat dengan rasa
Tidak terikat dengan harta
Tidak terikat dengan rupanya
Hanya agama pengikat hati

Bicara hati rasa sepi
Bicara kata adakala silap jua
Bicara alquran menyejuk jiwa
Menjadi saksi di akhirat sana

Indahnya berkorban
Indahnya menyemai
Indahnya dirasa
Saat kita kelemasan
Ia hadir menambah beban
Menjadi ukur saat tenggelam

Hebatnya mereka yang Mencintai mu
Hebatnya mereka yang sering menatapmu
Bagai air sungai mengalir lembut
Batu yang keras terhakis sama

Begitulah hati manusia
Membaca mu saat sedih
Tinggalmu saat gembira
Datangimu saat sakit kunjung
Tak pernah usaha rasa cinta

Ya rasa cinta ..warisan Nabi
Zaman berzaman
AlQuran dan sunnahNya
Kekal abadi

Nukilan sudut hati.

22 Januari 2022
❤️Dilla Abas ❤️

Jana Incomesebagai agen  bersama QuranTeamDilla (QTD)

https://biz.sahabatattaqwa.com/daftar/008670

ig qurantagmekD




Sabtu, 25 Disember 2021

Kehadiran 3 Putri 1 Putra


Memiliki 3 putri sememangnya menyeronokkan kerana bonda dapat melihat setaip putri membesar dengan jayanya. terima kasih ayahde sentiasa menyokong dan memahami setiap karenah gegadis dalam hidupnya. walaupun selama ini ayahde sentiasa di kelilimgi 6 orang kakak dan 2 anak saudara perempuan. Ayahde tidak pernah jemu terus di keliling gegadis seperti Jejaka Idaman.


Putri Pertama

Putri Nur Mawaddah seorang kakak yang cepat matang walaupun baru berumur 7 tahun., tidak takut darah, manja melebihi adik-adiknya.

 Walaupun adakala sikapnya blur-blur tapi bila sudah dapat tangkap sesuatu dia mudah ingat dan akan terus tersemat di otak. itulah kelebihan seorang kakak. kakak gelaran di rumah , malah, sepupu yang tua 3 tahun daripadanya pun panggil nya kakak.

Memori ingatan terbaik. baru darjah 1 tetapi apa pesanan dan setiap butiran yang guru pesan akan diingati. 

Kakak semoga menjadi anak yang sentiasa membantu dan menolong insan yang memerlukan. mudah simpati dan memiliki empati yang tinggi. 

Belum mengenal pasti apa cita-citanya, cikgu, @ pegawai bomba. hakikatnya dia gayat namun pencinta binatang, semoga diberi kemudahan atas kelebihan yang dimiliki. Amin

Kini kakak sudah umur 10 tahun. Semakin matangdan akak yang bertanggungjawabjawab. Apatah lagi dengan kehadiran seorang adik lelaki. Kakak sudah pandai menjaga adiknya. Paling tua paling manja.




Putri ke- 2.

Putri Nur Maiesya  (Mecha) seorang anak yang mudah dibentuk, anak yang paling drama air mata., Kelebihan anak kedua ini yang ini bakal berusia 8 tahun 2022 , seorang anak yang otaknya cerdas.

 Benarlah orang kata telinga capang ini mudah masuk ilmu, senang tangkap apa yang cikgu mengajar.
bonda tak nafikan, tapi normal bila budak kena paksa buat PDPR ada masa rajin ada masa bonda menjadi naga. Draama air mata sentiasa ada.

 Kak ngah yang sering bersaing dengan kakaknya buat apa yang bonda suruh. Berlumba-lumba, tapi kalau datang aingn tak mahu buat masing- masing tolak menolak. kau laa..kaulah......😉

Cita-citanya nak jadi doktor. Suka buat video  sendiri, pengaruh youtube. Bonda tak kisah nak jadi apa  pun yang penting semua putri3 bonda  menjadi insan yang solehah sentiasa doakan ayahde dan bonda  dan memartabatan islam .


Putri ketiga, 

Putri Nur Muazarah, 4 tahun 2022. anak yang paling becok. panggilan manja Ara. Becoknya diiktiraf kedua keluarga. Cakap macam orang tua. anak paling cepat bercakap , paling cepat berhenti pakai pampers. paling cepat  ke tandas sebab dia suddah pandai cakap nak berak dan kencing.

 Impian nak jadi polis, Tak tahu sebab suka baju birunya atau memang suka polis. 

Kalau nak cerita keletah si Ara ini memang banyak. Tak daya nak cerita.Bonda simpan sikit untuk penulisan akan datang.


Satu-satunya Putra yang baru ,bakal berusia 3 bulan 10/01/2022. Rezeki yang tidak tersangka, Alhamdulillah,.  satu-satunyaa putra yang tiada nama putra di dalam surat beranak. 

Pengalaman daripada tahu kehadiran nya dalam rahim sehingga bersalin, banyak episod. Nanti  bonda buat satu catitan khas untuk semua anak bonda daripada Si Kakak, Si Mecha, Si Ara, Si Ayyan AF.uyj


WELCOME HOME MY HERO
YOUR FATHER STILL NO 1 IN MY HEART.


 SIMPAN UNTUK KENANGAN 19/12/2021

Sabtu, 24 Jun 2017

15 minit kehilangan Kakak..

Di saat Allah ambil kakak 15 minit. Tiada kekuatan seorang bonda memikirkan di mana kakak. Ya Allah 15 minit Kau Jauhkan kakak dari bonda,  terasa seluruh badan bonda menggigil mencari mu kakak.

Alhamdulillah, Kau bukakan pintu hati seorang hamba untuk menjaga kakak dalam tempoh 15 minit dengan baik. Ya Allah tiada daya upaya hanya padaMu. Hanya 15 minit hilang bagai gila bonda dan ayahde , mak, angah dan along mencari- cari kakak.

SubhanaAllah, .. alhamdulillah.. doa bonda dimakbulkan untuk bertemu kakak. Terima kasih abang yang menjaga kakak dalam tempoh hilang dengan meletakkan di tempat yang terbaik. Terima kasih adik2 tesco kuala selangor yang buat pengumuman. Terima kasihi juga kakak yang tegur saya memberitahu keberadaan kakak. Hanya Allah dapat membalasnya. Moga dipermudahkan segalanya. AMIN..

Detik 24 jun 2017 memberi 1 kesedaran supaya di waktu hari kemuncak malam raya. Perlu lebih perhatikan anak2. Pengajaran untuk bonda dan semua ibu bapa. Perit walaupun tempoh singkat memberi impak pada bonda.

Hebat & tabah ibu bapa yang hilang anak tapi tak jumpa2.... bonda belum sekuat itu.. ujian yang kecil ini pun bonda hampir tewas. Cukup sekali.. cukup sekali...kakak Putri Nur Mawaddah ..please jangan buat bonda separuh gila lagi..😢😢😢😢

Selamat Hari raya Aidilfitri.
Maaf zahir & batin..

Rabu, 30 Mac 2016

PENGALAMAN DAN PENGAJARAN

Dulu selepas berhenti kerja dengan bank saya berkerja dengan sebuah syarikat swasta setelah ditawarkan pakej yg sangat menarik oleh rakan sekampung. Masa tu baru je beli kereta wira. Bulan pertama gaji dah tak bayar  ... bulan kedua boss pergi bercuti ke UK rakan kongsi boss tu ambik duit jualan utk bayar gaji saya sbb kesian tengok saya ...

Bulan ketiga saya berhenti kerja dan merempat di kl. Kereta tak bayar bermula dari situ. Dahlah merempat kereta tak bayar duit tak ada ... kereta pulak finance dgn hong leong bank set kaki tarik kereta kat kl ni paham2 jelah dia punya gangster ...

Saban malam saya dampingi Tuhan mohon petunjuk dan kekuatan .. saya merempat di masjid seri petaling ... di situ saya mula dalami hadis nabi dari bayan subuh dan kitab2 taklim ... saya merempat di bukit botak rumah setinggan ... di situ saya melihat orang susah hidup setinggan tapi baik hati ... saya belajar erti kasih sayang dan saya berazam untuk membantu orang2 susah kerana mereka juga insan ...

saya tak buat benda jahat. Saya dampingi orang berilmu .. saya belajar kitab2 lama ... saya belajar fiqah tauhid dan tasawuf ... saya khatam kitab imam Nawawi dan beberapa kitab ulama2 tersohor ... walaupun saya bukan dari background orang agama ...

 alhamdulillahh. .. takde siapa datang tarik kereta ...

Saya cuba pinjam duit sedara mara dan kawan2 untuk hidup ... takde siapa nak bg pinjam ... saya makan sekali sehari hanya nasi putih dgn kuah dan minum air paip ... itulah hidup saya di bukit botak selayang menumpang di rumah setinggan ...

saya call sedara mara  yang kerja best tapi sedara saya tu pulak bagi tahu abah yang saya call dia nak pinjam duit ... kesian kat abah sebab abah lagilah tak mampu nak tolong ... saya kerja cuci kereta sambil cuba2 cari kerja lain kat KL, kaki palsu hari2 basah ... kaki saya melecet teruk setiap hari ... kaki kiri rasa lenguh sangat2 sebab lama berdiri kerja kedai makan ... bila malam kaki kiri selalu kekejangan sebab lama berdiri sebelah siang ... ada pernah rakan yg kerja bank datang makan kedai makan tempat saya kerja ... mereka ketawakan saya ... saya di ketawakan dan di malukan  ... ada yang fitnah macam2 ... saya di pukul di tempat kerja di tuduh curi tulang walhal saya pergi solat dan kaki saya sakit utk jalan cepat2 balik kerja ...

saya bertahan dan akhirnya Allah bagi ilham utk berniaga kecil-kecilan. ..

saya berhijrah ke kuantan ... dengan modal air liur saya yakinkan kawan2 di kuantan ... saya bukak syarikat perunding  latihan tumpang ofis kawan ... dan kini sudah 16 tahun golden minds dlm industri perunding dan latihan ...

Saya nak bina hati2 rakyat Malaysia yang saling hormat menghormati, negara bangsa yang hebat berteraskan tolak ansur dan hidup harmoni berkasih sayang ... saya nak bina jiwa2 rakyat Malaysia yang tak lagi berdengki, jadi orang baik-baik ... saya nak bina jiwa kental anak2 muda yg tak mudah mengalah dengan dugaan Allah ... kental jiwanya, hormat orang tua, rajin bekerja, cintakan ilmu, sopan dan teguh peribadinya ...  saya nak bina negara ini dengan berteraskan kasih sayang dan perpaduan kaum yg ikhlas ... saya jadi motivator tanpa saya rancang ... saya berceramah ke seluruh Malaysia bermula dari situ ...

bila mula2 untung berniaga dulu  mak pesan bayar hutang kereta dulu ... bayar hutang kredit kad dulu  .. jgn cepat nak beli itu beli ini ...

saya jelaskan hutang2 bank .. terkejut staf bank bila saya datang bayar kereta yang tertunggak 14 bulan .. katanya biasanya kalau dah 14 bulan tak ada orang bayar dah ... lesapp terus ...

pegawai bank bagi diskaun banyak .. saya sujud syukur dalam surau bangunan bank tingkat 2 ... saya menangis sebab saya dah bebas dari hutang ...

Saya tak pernah buat pinjaman utk berniaga
Sebab saya yakin untuk kembangkan perniagaan
bukannya perlukan duit
Tapi perlukan Allah di sisi
Saya ada Allah
Saya ada doa mak
Saya ada keyakinan diri
saya yakin dengan apa yang saya buat

Jangan pinjam duit ah long
Jangan lari dari masalah yg kita sendiri buat
Jangan berhenti berusaha
Jangan jauh dengan Allah
Jangan tambah masalah
Bertaubat setiap hari sbb kita manusia yg lemah selalu buat dosa ...
Sayang mak abah sampai bila2 ... pulanglah ziarah mereka
mintak mak doakan ...

Dan jadilah orang baik-baik. ..
Berdoalah dan bertahanlah ...
Allah sedang menguji kita utk jadi hebat.

Hiduplah sederhana kerana kesederhanaan itu sifat para wali

Mintaklah dengan Allah bukan dengan makhluk kerana Allahlah yg bukak hati makhluk utk datang membantu.

Jommmmm jadi orang baik-baik

Ikhlas dari
Dr Raja Shamri Raja Husin
Casa De Raja
Pasir Puteh Kelantan
27 Mac 2016

Selasa, 8 Mac 2016

THE POWER OF Sedekah



3 minggu lepas, saya menghadiri satu seminar selama 5 hari.

Seminar ini kebanyakannya dihadiri oleh mereka yang diberi kelapangan kewangan oleh Allah. Ini kerana kos seminar itu hampir RM8,000 untuk 5 hari.

Tak ramai yang mampu hadir disebabkan kos yang sangat tinggi.

Bertemu Dengan Ramai Jutawan

Sepanjang 5 hari di sana, saya bertemu dengan ramai jutawan.

Mereka ‘tersangat’ kaya.

Ada yang income mencecah RM500k-RM600k sebulan, baru berusia 40-an.

Ada yang baru berusia 25 tahun, tapi pendapatan bulanan sudah mencecah RM50k sebulan.

Ada yang berusia 35 tahun. Sales tahunan mencecah RM120 juta.

Tak boleh nak cerita semua. Sebab terlalu ramai yang hebat.

Subhanallah. Saya sendiri terkejut dengan kejayaan mereka.

Jangan tunggu kaya baru nak sedekah. Sebab itulah nanti kita tak kaya kaya. Untuk menerima, kita perlu memberi dahulu.

Nasihat Dari Para Jutawan

Semasa salah satu sessi, saya sarapan pagi bersama mereka.

Saya tanya mereka, apa rahsia amalan yang mereka buat untuk berjaya sampai ke tahap itu?

Salah seorang peserta, berusia 25 tahun berpendapatan RM50k sebulan berkongsi dengan saya.

“Bang, saya nak share satu benda aja. Kalau kita nak yang terbaik. Kita kena beri yang terbaik. Nak duit banyak, kena sedekah banyak. Satu benda mudah yang saya nak share dengan abang, sedekah bila masuk masjid. Abang buka beg duit, ambil duit yang paling besar. Then, sedekah kat tabung masjid. Abang buat aje, nanti abang akan rasai perbezaannya. Bila kita beri yang terbaik, Allah pulangkan yang terbaik untuk kita.”

Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain menambah.

“Firdaus, kau jangan percaya apa dia ni cakap. Jangan percaya, tapi kau buat aje!!! Ingat, duit yang paling besar dalam wallet ok.”

Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain pulak menambah.

“Saya ni dah lama jutawan. Tapi, dulu nak sedekah kat masjid, RM10 pun rasa berat. Kedekutnya saya waktu tu. Tapi, lepas saya belajar. Saya dah tak kedekut. Saya pun sama macam mereka. Saya keluarkan duit yang paling besar ada dalam wallet saya. Saya juga selalu tukar duit kecil, RM1, RM5, RM10, RM20 dan saya selalu bawa bersama saya. Bila saya jumpa orang yang memerlukan, saya akan sedekah ikut keperluan mereka.”

Wowwww…… Ini rupanya rahsia mereka.

Saya Masuk Masjid Dan Teringat Kata Kata Mereka

Hari Khamis yang lepas, saya masuk ke Masjid di Parit Buntar.

Pada waktu tu, saya teringat nak bersedekah kepada masjid. Saya berazam nak sumbanglah RM50 kepada masjid. Sebab saya sangka itulah duit yang paling besar saya ada dalam wallet.

Tiba tiba, bila saya buka beg duit.

Allahuakbar. Macam mana ada duit RM100 pulak dalam wallet saya ni?

Aduh !!!!!

Iman saya mula bergoyang. Nak sumbang RM50 pun dah kira besar. Inikan pula RM100. Fuhhhhh…. Saya berpeluh seketika.

Tapi, disebabkan saya teringat kata kata para jutawan yang menggalakkan saya menderma wang terbesar dalam wallet. Saya pun, dengan rasa ‘berat hati’. Saya keluarkan RM100 dan masukkan dalam tabung masjid.

Saya ingat lagi, masa saya sumbang tu. Saya berdoa kepada Allah.

“Ya Allah, aku berikan yang terbaik untuk Mu. Aku tak tahu macam mana Kau akan gantikan duit ini untukku. Tapi, aku sudah menjalankan tanggung jawabku. Sekarang, aku serahkan pada Mu untuk mengaturkan sesuatu untuk aku.”

Sejujurnya, masa saya keluar masjid. Saya asyik berfikir.

“Hmmm…. macam manalah Allah nak gantik RM100 ni dalam masa segera?” tak nampak jalan yang saya akan dapat duit dari mana mana sumber bisnes yang saya buat.

Tapi, tak per lah. Saya buat kerja saya, selebihnya saya serahkan kepada Allah.

Apa Berlaku Pada Hari Jumaat?

Pagi Jumaat, saya buat kerja seperti biasa. Tiba tiba, saya dapat panggilan telefon daripada abang saya.

“Daus, cepat cepat. Jual saham yang hang beli tu? Sekarang naik mencanak.”

Tanpa membuang masa, saya terus onlinekan telefon saya.

Saya cek saham yang dah 2-3 minggu saya beli, yang asyik turun tak naik naik. Saya pun dah sedikit kecewa dengan saham ni.

Terbeliak biji mata saya tengok harga semasa saham tersebut.

Allahuakbar.

Kalau dihitung mudah, keuntungan sekitar RM4,800.

Subhanallah. Tanpa membuang masa, saya terus jual saham tersebut.

Syukur Alhamdulillah.

Saya benar benar tak sangka, Allah nak beri rezeki kepada saya daripada pintu yang tidak saya sangka.

Memang saya jangka saham yang saya beli tu akan naik. Saya jangka untung dalam RM1,000-RM1,500. Tak lah sampai RM4,800 dalam tempoh 2-3 minggu.

Subhanallah. Saya bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.

Selepas itu, saya pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Sekali lagi, saya buka beg duit saya, saya dermakan wang paling besar yang saya ada.

Kali ini, saya berdoa kepada Allah.

“Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat yang Kau berikan kepadaku. Terima kasih kerana memberi ‘pulangan’ kepada aku dengan begitu pantas. Hari ini, aku berikan sumbangan aku lagi untuk masjid6 ini. Semoga Kau berikan yang lebih baik buat aku selepas ini.”

Jangan takut untuk bersedekah.

Allah Allah…..

Selama ini, bukan saya tak percaya THE POWER OF SEDEKAH.

Saya tersangat percaya, tapi biasalah. Kita manusia. Kita selalu rasa takut nak MEMBERI. Kita ingat dengan memberi akan mengurangkan apa yang kita ada.

Sebenarnya tak, bila kita memberi. Kita akan menambah apa yang kita sedia ada.

Saya tulis kali ini, semata mata untuk memberi kekuatan kepada saya untuk memberi yang terbaik dalam setiap perkara yang saya lakukan.

Semoga kisah ini juga sedikit sebanyak akan memberi inspirasi kepada anda untuk bersedekah.

Kawan kawan semua…. Jom Bersedekah.

Ingat pesan ini, “Kita kurang berjaya bukan kerana kita kurang menerima, tetapi kerana kita kurang memberi. The more we give, the more we get back. Insya Allah.”

Jika kita tak mampu nak bersedekah dengan wang ringgit, jom bersedekah dengan cara yang paling mudah. Iaitu dengan memberi senyuman.

Kalau ini pun kita tak mampu nak lakukan, hmmm…. Lebih baik kita usah hidup.

Semoga Allah beri kekuatan kepada kita untuk lebih banyak memberi selepas ini.

Ahad, 21 Februari 2016

Kasih Bonda membawa ke SYURGA
Kasih Ayahde sepanjang HAYAT

Assalamualaikum
(Sama2lah kita hayati kisah syahdu ini. Jangan lupa sediakan tisu)
Pagi tadi saya dengar radio klasik dlm kereta....
Satu kisah yg terharu yg diceritakan oleh juruhebah perempuan radio tersebut..
Kisahnya begini ...

Ada seorang anak lelaki bawa ayahnya yg kena stroke akibat angin ahmar  ke kedai makan mamak yg terkenal utk makan tengahari. Ayahnya teringin sangat nak makan nasi beriani kat kedei tu. Masa tu orang ramai dan meja makan pun rapat2. Setelah diduduk ayahnya elok elok, anak lelaki tu pun pesan makanan lauk2 kari.

Setelah makanan sampai, ayahnya mula menyuap sendiri.
Maklumlah pesakit angin ahmar, dlm keadaan terketar2 menyuap makanan, banyaklah remah yg jatuh di baju, seluar, malah di muka ayahnya yg kelihatan agak comot.

Kebanyakan orang dlm restoran tu semua pandang dan curi2 pandang, ada juga beberapa orang tunjuk muka geli dan jijik. Namun begitu anak lelaki tu tetap bantu ayahnya suapkan makanan dan minunan tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling.

Setelah selesai  makan dipapahkan ayahnya ke singki untuk dibersihkan, disabunkan tangan, lapkan muka, dibersihkan baju dan seluar ayahnya dari remah makanan seterusnya dipimpin ke kereta yg parking di hadapan restoran. Setelah itu anak lelaki itu ke cashier utk jelaskan bayaran.

Sebelum beredar, anak lelaki tersebut telah ditegur oleh seorang pakcik,
"Anak, tak ada barang yg tertinggal ke ?" Jawab anak lelaki tu , "ok semua pakcik, spec abah, ubat abah, handphone abah,  towel kecil abah, tongkat abah, semua saya sudah bawak masuk kereta.. tak ada yg tinggal..."

Pakcik tu berkata lagi, " Ada, kau ada tinggalkan kesan di hati orang2 yg perhatikan kau. Pertama, kesan dihati orang2 yg sebaya dengan pakcik, adakah anak2 kami akan berbuat baik seperti yang kamu lakukan terhadap ayah kamu.

Kedua, kamu  telah tinggalkan kesan di hati anak2 muda yg sebaya kamu, mereka akan tanya diri sendiri, sanggupkah mereka buat dan melayan  mak atau ayah yg sakit dan uzur sepertimana yg kamu lakukan ini.

Pakcik lihat, pekerja2 restoran  mamak pun turut terharu, malah ada yg kesat airmata teringatkan mak dan ayah barangkali. Pakcik sangat bangga dgn kamu semoga Allah memberi Rahmat kpd kamu.."

Sahut anak lelaki tu, " Ye ke pakcik.. alhamdulillah, saya sayang abah saya... abah kena stroke... moga2 abah cepat  sembuh...."

Apa rasanya kalau ibu/bapa sendiri yg hantar mesej berikut?

👪Anakku...

Bila aku tua,
Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan,
Aku berharap kamu tidak menjerit marah padaku,
Kerana tenaga orang tua sepertiku semakin tidak kuat dan kerana aku sakit.
Mataku semakin kabur. Kamu harus mengerti dan bersabar denganku.

😔Anakku...

Bila aku tua,
Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan,
Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku,
"mak pekak ke?",
"mak bisu ke? "
"tak dengar ker??"..

Aku minta maaf anakku.
Aku semakin MENUA...

😟Anakku...

Bila aku tua,
Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang,
Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayanku sebagaimana aku sabar menjawab pertanyaanmu semasa kecil,
Semua itu adalah sebahagian dari proses MENUA.
Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua.

😣Anakku...

Bila aku tua,
Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor,
Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah didepan aku.
Dan tidak menjerit menyuruh aku mandi.
Badan aku lemah.
Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri.
Mandikanlah aku sepertimana aku memandikan kamu semasa kecil.

😷Anakku...

Bila aku tua,
sekiranya aku sakit, temanlah aku, aku ingin anakku berada bersamaku.

😭Anakku....
Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba, Aku berharap kamu akan memegang tanganku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian.
Jangan cemas.
Jangan menangis.
Hadapi dengan redha.
Aku berjanji pada kamu.
Bila aku bertemu Allah.
Aku akan berbisik padaNya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai dan mentaatiku.

Terima kasih banyak2 kerana mencintai aku....

Terima kasih banyak2 kerana telah menjagaku...
Aku mencintai kamu lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri..

🔴Menjadi ikhtibar pd kita kalau masih ada ibubapa dn postlah posting diatas kpd WA group keluarga atau WA group peribadi keluarga sendiri sebab kite x nak kite atau anak2 kite sentiasa berdosa dgn ibubapa kite atau ibubapa mereka...
 ..........
RENUNG2 KAN LAH......
SESUNGGUHNYA KITALAH ANAK....DAN SAMPAI KETIKANYA NNTI KITALAH EMAK

Sabtu, 20 Februari 2016


Assalamualaikum..selamat malam
Nak habaq mai
Sapa2 rasa lenguh2 badan..krem2 kaki..keputihan..perut boroi sikit..
Mai nak habaq...

Cuma tukar minuman harian dgn coffee hot lady secret (hlsBellyna) insyaallah seme yang cek habaq boleh elok. Bergantung pada konsisten anda amalkan.

Cek bukan habaq kosong sebab cek jenis jual barang kena try diri sendiri baru perkenalkan pada yang alami masalah mcm cek.

Harga insyaallah berpatutan.. nak tahu lebih detail boleh habaq kat cek na

Hangpa nak kol ka..wasap..ka..wechat ka..semua ada...
Hp No 01120668693
(Mrs Fadh)


Sabtu, 3 Oktober 2015

Niatkan diri membantu MASYARAKAT WAHAI PB

Semalam menjadi titik mula untuk ke hadapan. Walaupun bermula lambat dalam USIA siri 30 an namun PB tetap rasa bersyukur ke hadrat Ilahi atas Jalan yang diberi bagi membantu PB menjadi insan yang lebih kuat, berjaya insyaallah Dunia akhirat.
Mungkin pandangan masyarakat melihat PB Persia gadis desa yang menggelek anak ke hulur ke hilir walaupun pergi seminar yang mungkin akan mengganggu tetapi itulah cabaran Dan ujian pertama yang PB terima dengan minda terbuka.
Mendedahkan anak- anak dengan APA yang kita lakukan memberi banyak impak besar pada mereka bila besar nanti.
Jika arah kita bawa kepada ilmu maka. ilmu lah yang mereka dapat. Kebaikan kepada kebaikan. keburukan kepada keburukan. Tiada yang sempurna Selamanya.
Ya Allah Hanya padamu Ku bermohon agar kau permudahkan segalanya jalan2 ini. Semoga kehidupan akan lebih naik, ibadah Ku lebih baik, imanku lebih kuat Hanya pada mu Ku berserah.amin
PB sememangnya sorang yang pemalu kalau siapa yang mengenali malah yang tidak mengenali akan Kata PB sombong. Hakikatnya untuk berjaya kena buang perasaan malu dalam diri agar PB dapat tahu apa kelebihan PB selama ini. Hanya dengan buang sikap malu dalam diri dapat membantu kita menjadi insan yang lebih prihatin akan masyarakat.
Niatkan untuk Bantu masyarakat. Berubah la wahai PELANGI BONDA.

Selasa, 1 September 2015

Kenapa PB pilih berniaga?

Assalamualaikum.. Selamat pagi. Walaupun bercakap sendirian tetapi kisah2 ini  utk tatapan diri sendirian. Utk pembaca juga boleh menghayatinya

Seperti Tajuk diatas, kenapa PB pilih berniaga? Islam sendiri menggalakkan umatnya berniaga kerana berniaga memberi punca 9/10 rezeki. Bukan kata kerja makan gaji tidak bagus. P susah nak jumpa mereka yg mkn gaji boleh menjadi jutawan. Contohnya ungkapan ayahde PB tersayang masa PB bujang.
" Abah bukan x boleh tukar kereta. Kalu ikutkan gaji sebagai pengetua boleh sangat tapi sebb anak ramai. " maksudnya beliau bukan x boleh Beli kereta sbb anak ramai. Tp keperluan mengatasi kehendak. Mengorbankan keinginan demi sebuah keluarga yg dibina.

Sebagai anak Ayahde PB ( Abah) beliau satu2 insan yang sentiasa menyokong PB walaupun adakala PB silap langkah. Sentiasa menasihati PB yang agak nakal dulu. Malah didikan agama yang diberikan banyak membantu PB memikirkan perkara yang baik dan yang buruk.

Ini dah jauh terpesong dari tajuk asal. Kembali siaran kenapa PB pilih berniaga. Hakikatnya PB seorang yang agak pemalu, berat mulut, x banya cakap. Malah kalau siapa yang x kenal PB pasti ckp PB sombong.

Minat berniaga tapi xde pengalaman sama ada offline @ online. Kena ade sifu dok depan mata ajak satu2 baru boleh ikut. Keinginan berniaga sbb PB rasa boleh menambah keyakinan diri utk berdepan dgn orang ramai. Insyaallah. Walaupun kala ini terasa lewat tapi masih x terlewat utk bermula.

" biar  lambat asal istiqamah" slogan PB utk berjaya.

Jadi pada mereka yang sudah berjaya dalam Perniagaan syabas di ucapkan  semoga Anda terus succes.Bagi ANDA yang masih mencari teruskam dengan istiqamah.

P/s: Nak tahu ape PB Niaga boleh pm PB  0129181912 .

Isnin, 31 Ogos 2015

Akhirnya berjaya juga...alhamdulillah

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga buka blog pelangi bonda yang terhenti tahun 2011.
Walaupun kini blog jarang menjadi pilihan masyarakat kerana adanya Facebook, Intragram Dan twitter.
Satu saat masyarakat akan kembali kepada blogger sebagai platform until mencari maklumat dan berniaga.
Sebagai pembuka kata blog lama tulisan baru ini bukan sahaja untuk keluarga tetapi mencari lebih ramai kawan-kawan lama dan baru .


Semoga pembaca dapat menjadi kawan yang saling  menasihati & mengingati bersama..Amin..

Dengan INI secara rasmi blog PELANGI BONDA membuka tirai bersejarah pada 31 OGOS 2015.

Rabu, 2 Mac 2011

Invertment.... bukan Share @ Forex

3 perkara penting dalam satu pelaburan

1st .............. Pengetahuan
  2nd................... Tidak tamak
3nd.................. Kesabaran

Ibarat kita bertarung dalam kehidupan juga satu pelaburan. siapa kata kita tidak berlabur.
Ibubapa membuat satu pelaburan untuk anak-anak dari segi wang, tenaga dan masa.
Tetapi mereka tidak pernah mengeluh. Apakah pelaburan seorang anak ?
Bukankah sama dengan 3 perkara penting di atas!
Ibubapa perlu ada pengetahuan dalam mendidik anak-anak, perlukan kesabaran dengan karenah anak-anak
dan istilah tidak tamak dalam peranan ibubapa juga dari moral dan nilai-nilai murni dipupuk.
hahahhahaa.....cite peranan ibubapa nie sampai kiamat tak abis.....

ape yang PB (Pelangi Bonda) nak kongsi tentang cara pelaburan yang terbaik yang sudah PB jumpa
bukan ape..kongsi bagaimana untuk trade duit...
macam PB cakap kat atas pelaburan tetapi bukan saham @ forex
anda berlabur dan mendapat profit setiap bulan 5%-10%..itu jaminan kami (Company PB) hehehe
kami boleh tunjukkan jalan ....anda pasti boleh ...
kami perunding kewangan dapat membantu anda...
chaiyok....chaiyok..
calling2..sms....for information 012-9181912






Khamis, 24 Februari 2011

Thank my Sister...CL


hari nie baru berkesempatan menblogkan diri
hehehee...
hari baru ,tahun baru 2011 bakal menyaksikan satu fenomena
apapun 
thank to my Sister.... CIK LADIES.....
blog yang cantik...kombinasi warna yang Pelangi Bonda (PB) paling suka...
hitan itu menawan kalbu..

Selasa, 23 November 2010

Penting ke Hantaran?


Bila berbicara tentang hantaran. masing-masing ghairah
Ghairah dalam menggubah dan mencipta hantran
hantaran sememangnya cantik dan indah

Contoh salah satu hantaran
seperti gambar diatas.....walaupun kecil tapi kos pembuatannya mungkin melebihi RM20..mesti orang kata saya seorang yang kedekut kerana berkira dengan nilai RM20
hahahaaa......kita mengalami ekonomi yang kurang stabil..penjimatan perlu dilakukan sama ada barang keperluan @ kehendak..setiap dari kita inginkan yang gilang gemilang tetapi hakikat kita terlalu inginkan kesempurnaan..ya..... kesempurnaan sehingga melebihi kemampuan kita bahkan kita merasai tidak puas ...dan ingin lain daripada yang lain
indah, cantik dan mendapat pujian....benarkan!??...em...
semoga mereka kembali kepada sunnah Nabi Muhammad S.A.W. :)

Banyak nya hantaran nieyh !!


Khamis, 18 November 2010

Nikah Vs Kahwin



2 ari menyambut Aidiladha di kampung Pahang ..terasa cepatnya masa berlalu..dalam keadaan itu saya juga mengkhabarkan berita baru saya ingin mengadakan pernikahan yang ringkas dan diredhai Allah lagipun nak tunggu kumpul duit banyak-banyak tak tahu bile leh sampai tahap yang dikehendaki...setiap orang ada impian perkahwinan begitu juga saya...kalau mampu memang nak wat besar cikit...tapi ape kan daya..nak nikah punya banyak keje nak wat..kena isi borang kat jabatan agama lagi..pergi khusus kahwin lagi..pergi buat saringan HIV lagi..nak cop pengesahan Jabatan agama pun ade aje yang kena charge..ish..pelik!!nak nikah pun susah..memang layak la ramai nikah kat sempadan(mudah)...ade saksi ada wali ada mas kahwin cukup mudah tapi orang lebih suka mmenyusahkan dari menyenangkan,,itu yang ramai rela tak kawin...ada yang nak kahwin... ada plak yang nak hantaran ribu-ribu punya..alasan sebagai aset jangka panjang

Cincin tanda penyatuan satu2 rumahtangga :)


 ntahla..orang kate saya tak letak harga pada hantaran malah pada mas kahwin..yela saya punya......... itu bukan orang senang..bukankah lebih baik bersederhana seperti yang disarankan islam..bila lagi nak praktiskan yang diajar oleh sunnah??kalau orang kate kahwin sekali seumur hidup..takpelaa..fikir memang betul..kenal panggil sedara mara..tak panggil nanti ada yang terasa pulak..kalau orang lain tidak setuju dengan artikel saya nie..abaikan..ini hanya pandangan sendiri...jika tak mampu buat cara tak mampu...orang nikah untuk dapat pahala tapi bila ada majlis yang melibatkan pembaziran bukankah pahala itu kurang..maaflah saya tidak arif dalam bab2 pahala ni..apa yang saya cari hanya menghalalkan perhubungan dengan akad nikah..perkara yang wajib hantaran, hadiah, persandingan itu adat dan perkara tidak wajib hanya menjaga air muka ...alangkah sukarnya mendirikan masjid yang diredhai...

Ya allah, kau permudahkan segalanya dengan baik dan senang
agar diri ini meramaikan umat nabi kesayanganku Muhammad Sallallahu 'alaihiwassalam..AMIN


Ahad, 14 November 2010

Dinar Emas Bikin Juling Mata


sedang sibuk menunggu dinar iraq terapung..dengar pilak cerita dinar emas....bikin juling mata..hahahhaa..emas?..tak tahu emas yang sentiasa menjadi pojaan Hati Manusia..tak percaya..tengok makcik2-makcik kampung ..seme ada simpan emas tapi dalam bentuk branag perhiasaan @ barang kemas kalau gelang tak sebesar lipan bara tak payah nak tunjuk laa itu yang glamour cerita Mami Jarum (kisah keluarga yang jadi Internet kampung) hakikatnya nak tunjuk  ..Tu Dia Gelang besar lipan..cincin yang boleh baling anjing rantai pulak boleh ikat lembu..hehehhe...jangan marah cuma perumpamaan...Emas punya pasal laa...dari zaman ke zaman emas tu menjadi Pojaan Hati Manusia.cerita pasal dinar emas dalam penyelidikan nak tahu Di SINI 
Contoh salah satu Dinar Emas

jadi mereka yang rasa berkeinginan boleh selidik dan kaji sampai puas hati saya dah puas hati tapi nak beli dinar emas itu belum kesampaian.. :p
 

Khamis, 11 November 2010

Menara 5 Negeri

beberapa minggu yang lalu abang saya telah memberi sebuah bukun novel
saya menerimanya tanpa peduli best atau tidak buku tersebut
judul buku tersebut Menara 5 Negeri
karya sulong oleh Ahmad Fuadi
Adaptasi dari kisah beliau 
sepanjang pembelajaran di sebuah sekolah Agama di Indonesia
bercerita tentang indonesia 
rakan serumpun
cerita yang amat menarik
apatah lagi  sekolah agama pada saat 80 an dulu


pada pandangan orang indonesia untuk keluarga yang miskin
yang tidak mampu membiayai pelajaran
tetapi bagi watak Alif sebagai tunggak utama 
menceritakan
bagaimana dia mengambil keputusan telah menerima surat 
dari Pak Gando
walaupun banyak dugaan dan rintangan selama di sekolah tersebut
namun
dia mampu membuktikan
belajar di Sekolah Agama juga mampu melanjutkan pelajaran 
ke luar negara
malah
keistimewaan belajar di situ
menjadikan Alif seorang yang dapat menguasai
bahasa Arab dan Inggeris dengan amat baik
begitu juga
dengan sifat guru-guru pengajar
yang banyak mengorbankan tenaga walaupun upah tidak lumayan
istiQamah yang amat tinggi

kadang-kadang terfikir adakah sekolah yang begitu?
kena fasih Bahasa Arab & Inggeris dalam 3 bulan!
wajib pidato dalam kedua-dua bahasa!
tetapi tiada peperiksaan khusus?
belajar dan Amal
Praktikal dan teori dalam satu....
masih ada ke sekolah agama di Malaysia yang menekankan sistem begitu?

bisik hati tanya naluri
 


Rabu, 10 November 2010

Kahwin Perdana: RM100,000 Program Cepat Kahwin

KOTA BHARU, 9 Nov 10: Kelantan sekali lagi mencetus idea baru apabila menaja 100 pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan sempena program Kahwin Perdana 2010, 25 Disember ini. Program itu akan diadakan di Dewan Besar Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM100,000 bagi membantu belia-beliawanis kurang berkemampuan mendirikan rumahtangga.

”Selain itu kerajaan memperuntukkan sebanyak RM100,000 lagi untuk majlis kenduri selepas majlis akad nikah diadakan,” katanya pada persidangan media di sini hari ini.

Wan Ubaidah berkata, program itu diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan dan ganjaran bagi mempercepatkan perkahwinan. Oleh itu beliau berharap program Kahwin Perdana akan menjadi dorongan kepada muda-mudi yang ingin berkahwin tetapi kurang berkemampuan.

Mereka yang berminat boleh hubungi:
Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan
di talian 09 7476568 atau 013-9846913
atau 013 – 6946911.
Tarikh tutup 15 November ini

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Islam adalah agama yang menganjurkan perkahwinan. Malah tiada agama tidak menganjurkan perkahwinan kerana perkahwinan adalah satu-satunya cara untuk membina keluarga dan mengembangbiakkan umat manusia.
Islam melihat perkahwinan sebagai satu daripada fitrah manusia. Itulah sebabnya Allah menjadikan manusia ini berpasangan-pasangan (ar-Rum: 21). Melalui perkahwinan juga, Allah mengurniakan manusia dengan keturunan yang melaluinya umat manusia berkembangbiak (an-Nahl: 72). Selain ayat-ayat ini, Allah juga berfirman di dalam al-Quran tentang kehidupan para Rasul yang juga berumahtangga (ar-Ra'd: 38).
Begitu juga hadis Nabi yang bermaksud, "Perkahwinan adalah salah satu sunnahku. Barangsiapa tidak menyukai sunnahku, maka sesungguhnya ia tidak meyukai aku." Juga, "Seseorang yang menikah telah menenangkan separuh agamanya. Maka hendaklah ia bertakwa kepada Allah dengan menjaga separuh yang lain." Dalam menganalisa hadis ini, Imam al-Ghazali berpendapat, "dengan melangsungkan perkahwinan, seseorang itu akan dapat menjaga dirinya dari kerosakan agama atau akhlaknya. Dapatlah disimpulkan bahawa yang paling merosakkan akhlak seseorang itu ialah perut dan kemaluannya. Oleh sebab itu, dengan berkahwin akan terpeliharalah salah satu penyebab utama kerosakan agamanya. "
Dalam konteks ini, tentulah perkahwinan itu perlu disegerakan. Walau bagaimanapun, ada satu syarat yang perlu dipenuhi sebelum seseorang itu boleh berkahwin iaitu kemampuan. Ini kerana dalam sepotong hadis Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa memiliki kemampuan untuk kahwin, hendaklah ia berkahwin. Hal itu lebih membantu menjaga pandangan serta melindungi kemaluan. Namun, apabila tidak mampu, hendaklah ia berpuasa. Dengan berpuasa, syahwatnya akan lemah." Hadis ini menunjukkan bahawa bila ada kemampuan, kahwinlah. Jangan ditangguhkan lagi. Sebaliknya, bagi yang tidak mampu, ia tidak boleh berkahwin sebaliknya berpuasalah untuk menjaga nafsunya.
Jadi, adalah jelas bahawa Islam adalah satu agama yang menganjurkan perkahwinan dan ia melihat bagi yang mampu, lebih cepat berkahwin adalah lebih baik. Oleh yang demikian, dalam konteks sekarang, kalau sudah berkemampuan, kahwinlah dan jangan tangguh-tangguh lagi. Tambah pula jika penanguhan itu bagi tujuan-tujuan seperti untuk memenuhi kepuasan hidup bujang atau untuk mengelakkan diri dari dikongkong. Ini tentunya bertentangan dengan Islam kerana perkara-perkara ini akan mendedahkan kita kepada perkara-perkara yang tidak baik.
Perkahwinan perlu dipermudah dan diperepatkan. Inisiatif kerajaan Kelantan sekarang menuju ke arah itu. Alhamdulillah.
Satu daripada kesan atau akibat dari fenomena kahwin lewat ini ialah masalah ketidaksuburan. Dilaporkan, kira-kira 690, 000 orang iaitu 6.4 peratus daripada wanita negara ini mengalami masalah ketidaksuburan dan memerlukan rawatan fertiliti (Berita Harian, 27 Julai 2001, ms. 9). Salah satu faktor yang menyumbang kepada angka ini menurut Ketua Pengarah LPPKN dalam laporan tersebut ialah penangguhan umur perkahwinan wanita (hingga 23 tahun) yang menjadi kecenderungan dalam masyarakat negara ini. Itu, hampir 10 tahun lalu, sekarang kita terima akibatnya, seperti seks bebas, lari dari rumah, buang bayi dan lain-lain.
Kesimpulan: Tulisan ini bukan bertujuan untuk menyeru agar semua rakyat Malaysia berkahwin pada usia muda. Ini kerana terbukti bahawa dalam sesetengah keadaan, penangguhan perkahwinan tidak dapat dielakkan. Misalnya, ketika melanjutkan pelajaran atau ketika menanggung keluarga, walaupun ada banyak cara mengatasinya. Sebaliknya, tulisan ini bertujuan untuk menyedarkan beberapa pihak tentang beberapa perkara.
Satu: Kepada individu, kalau sudah berkemampuan, kahwinlah. Janganlah tuntutan agama ini ditangguh-tangguh,konon untuk mendapatkan keseronokan hidup membujang yang tidak akan ada penghujungnya. Ikhtiarkanlah melalui saluran-saluran yang baik dan sopan agar jodoh itu dipertemukan.
Dua: sebagai individu, kita perlu melihat perkahwinan dengan perspektif yang betul. Perkahwinan sebagai satu tuntutan agama perlu menjadi idaman kita dan bukan menjadi kebencian kita. Ingat hadis di atas yang bermaksud, "Barangsiapa tidak menyukai sunnahku, ia tidak termasuk golonganku. Di antara sunnahku ialah perkahwinan, maka barangsiapa mencintaiku hendaklah ia mengikuti sunnahku." Jadi, elakkanlah diri dari membenci perkahwinan.
Walaupun ada banyak kisah sedih dan menakutkan di sebalik perkahwinan tetapi ia bukan kerana perkahwinan itu tidak baik, sebaliknya kerana orang-orang yang berkahwin itu tidak melaksanakan apa yang dituntut dari perkahwinan. Takkanlah kerana nyamuk kita nhak bakar kelambu, kita rasa kelambu itu tiada manfaatnya. Nyamuk akan sentiasa ada tetapi jika kita pastikan bahawa kelambu itu tidak terkoyak dan ia dipasang dengan baik. Insya'Allah kita akan menfaatkan kelambu sebaik-baiknya.
Tiga: Bagi wanita yang merasakan mereka boleh hidup sendiri tanpa suami.. ingatlah bahawa perkahwinan dalam Islam mempunyai banyak tujuan, bukan untuk mendapatkan tempat bergantung semata-mata. Melalui perkahwinan, bukan sahaja nafkah wanita ditanggung, tetapi keselamatannya juga terjaga. Melalui perkahwinan juga, wanita mendapat teman hidup yang melaluinya diperolehi kasih-sayang dan ketenangan.
Melalui perkahwinan juga, seks 'satu naluri manusia' terpenuhi dengan cara yang halal dan dari situ zuriat dilahirkan dan keturunan manusia berkembang biak. Jadi, rasa berdikari yang diperolehi dari gaji itu, tidak sama dengan ketenteraman hati diperolehi dari perkahwinan seperti dijanjikan oleh Tuhan.
Empat: Kepada ibubapa, mainkanlah peranan dalam hal ini, kerana ia juga satu tanggungjawab ibubapa kepada anak-anaknya. Jadi, bila anak-anak itu sudah dewasa dan mampu, suruhlah mereka berkahwin. Tanyakanlah pada mereka apakah mereka mahu kita mencarikan pasangan atau mereka boleh mencarinya sendiri. Kadangkala anak-anak ini malu untuk bersuara. Jadi, dengan ibubapa yang memulakannya dahulu, ianya lebih mudah untuk diteruskam.

Lima: Kerajaan sepatutnya memantau masalah ini, sesuai kehendak agama dan kaum masing-masing. Yang patut dibenci dan ditolak ialah kerajaan yang tidak mahu hidup cara agama, menggunakan agama waktu terdesak sahaja.

Sekian.

Isnin, 8 November 2010


pes...pest...
nak bisik nie.
semalam dapat info
Nizar adik PM kite pergi berurut
kemudian dia mengesyorkan pada tukang urut tu
tau apa dia suruh?
jeng..jeng..jeng...
"awak beli lah duit dinar iraq"
anda paham maksudnya?
heheheehee.....sedangkan nizar CEO CIMB pun syorkan begitu
takkan kite wat dono je?
hehehhee...fikirkan lah..
jika lambat anda kerugian
ia bukan datang setahun sekali
tapi datang hanya sekali dalam hidup anda..
berbahagia la anda.. ingin keterangan lanjut disini

Ahad, 7 November 2010

Cicak Tokek

Jual cicak lagi mahal dari katak
dengar kata boleh mengubati HIV
Aids pun dah ada ubat
lepas ini orang pun tak takut la ade HIV
sebe boleh telan cicak tokek nie..hehhehee
dunia...
tetapi sememangnya benar
Allah tidak mendatangkan pemyakit tanpa ada ubatnya
sebagai hamba dan manusia
MENCEGAH lebih baik daripada MENGUBAT

Dinar Iraq


Perdana Menteri Iraq telah dilantik
Nouri Al Maliki 
yang menggantikan tempat Saddam Hussein
 telah mula bersidang pagi nie Jam 11.11 pagi
maka
ura-ura akan diapungkan dinar iraq
bakal menjadi kenyataan
mereka yang memiliki note
senyumlah...sujudlah..
anda bakal bergelar OKB.hehehehe...