Selasa, 23 November 2010

Penting ke Hantaran?


Bila berbicara tentang hantaran. masing-masing ghairah
Ghairah dalam menggubah dan mencipta hantran
hantaran sememangnya cantik dan indah

Contoh salah satu hantaran
seperti gambar diatas.....walaupun kecil tapi kos pembuatannya mungkin melebihi RM20..mesti orang kata saya seorang yang kedekut kerana berkira dengan nilai RM20
hahahaaa......kita mengalami ekonomi yang kurang stabil..penjimatan perlu dilakukan sama ada barang keperluan @ kehendak..setiap dari kita inginkan yang gilang gemilang tetapi hakikat kita terlalu inginkan kesempurnaan..ya..... kesempurnaan sehingga melebihi kemampuan kita bahkan kita merasai tidak puas ...dan ingin lain daripada yang lain
indah, cantik dan mendapat pujian....benarkan!??...em...
semoga mereka kembali kepada sunnah Nabi Muhammad S.A.W. :)

Banyak nya hantaran nieyh !!


Khamis, 18 November 2010

Nikah Vs Kahwin



2 ari menyambut Aidiladha di kampung Pahang ..terasa cepatnya masa berlalu..dalam keadaan itu saya juga mengkhabarkan berita baru saya ingin mengadakan pernikahan yang ringkas dan diredhai Allah lagipun nak tunggu kumpul duit banyak-banyak tak tahu bile leh sampai tahap yang dikehendaki...setiap orang ada impian perkahwinan begitu juga saya...kalau mampu memang nak wat besar cikit...tapi ape kan daya..nak nikah punya banyak keje nak wat..kena isi borang kat jabatan agama lagi..pergi khusus kahwin lagi..pergi buat saringan HIV lagi..nak cop pengesahan Jabatan agama pun ade aje yang kena charge..ish..pelik!!nak nikah pun susah..memang layak la ramai nikah kat sempadan(mudah)...ade saksi ada wali ada mas kahwin cukup mudah tapi orang lebih suka mmenyusahkan dari menyenangkan,,itu yang ramai rela tak kawin...ada yang nak kahwin... ada plak yang nak hantaran ribu-ribu punya..alasan sebagai aset jangka panjang

Cincin tanda penyatuan satu2 rumahtangga :)


 ntahla..orang kate saya tak letak harga pada hantaran malah pada mas kahwin..yela saya punya......... itu bukan orang senang..bukankah lebih baik bersederhana seperti yang disarankan islam..bila lagi nak praktiskan yang diajar oleh sunnah??kalau orang kate kahwin sekali seumur hidup..takpelaa..fikir memang betul..kenal panggil sedara mara..tak panggil nanti ada yang terasa pulak..kalau orang lain tidak setuju dengan artikel saya nie..abaikan..ini hanya pandangan sendiri...jika tak mampu buat cara tak mampu...orang nikah untuk dapat pahala tapi bila ada majlis yang melibatkan pembaziran bukankah pahala itu kurang..maaflah saya tidak arif dalam bab2 pahala ni..apa yang saya cari hanya menghalalkan perhubungan dengan akad nikah..perkara yang wajib hantaran, hadiah, persandingan itu adat dan perkara tidak wajib hanya menjaga air muka ...alangkah sukarnya mendirikan masjid yang diredhai...

Ya allah, kau permudahkan segalanya dengan baik dan senang
agar diri ini meramaikan umat nabi kesayanganku Muhammad Sallallahu 'alaihiwassalam..AMIN


Ahad, 14 November 2010

Dinar Emas Bikin Juling Mata


sedang sibuk menunggu dinar iraq terapung..dengar pilak cerita dinar emas....bikin juling mata..hahahhaa..emas?..tak tahu emas yang sentiasa menjadi pojaan Hati Manusia..tak percaya..tengok makcik2-makcik kampung ..seme ada simpan emas tapi dalam bentuk branag perhiasaan @ barang kemas kalau gelang tak sebesar lipan bara tak payah nak tunjuk laa itu yang glamour cerita Mami Jarum (kisah keluarga yang jadi Internet kampung) hakikatnya nak tunjuk  ..Tu Dia Gelang besar lipan..cincin yang boleh baling anjing rantai pulak boleh ikat lembu..hehehhe...jangan marah cuma perumpamaan...Emas punya pasal laa...dari zaman ke zaman emas tu menjadi Pojaan Hati Manusia.cerita pasal dinar emas dalam penyelidikan nak tahu Di SINI 
Contoh salah satu Dinar Emas

jadi mereka yang rasa berkeinginan boleh selidik dan kaji sampai puas hati saya dah puas hati tapi nak beli dinar emas itu belum kesampaian.. :p
 

Khamis, 11 November 2010

Menara 5 Negeri

beberapa minggu yang lalu abang saya telah memberi sebuah bukun novel
saya menerimanya tanpa peduli best atau tidak buku tersebut
judul buku tersebut Menara 5 Negeri
karya sulong oleh Ahmad Fuadi
Adaptasi dari kisah beliau 
sepanjang pembelajaran di sebuah sekolah Agama di Indonesia
bercerita tentang indonesia 
rakan serumpun
cerita yang amat menarik
apatah lagi  sekolah agama pada saat 80 an dulu


pada pandangan orang indonesia untuk keluarga yang miskin
yang tidak mampu membiayai pelajaran
tetapi bagi watak Alif sebagai tunggak utama 
menceritakan
bagaimana dia mengambil keputusan telah menerima surat 
dari Pak Gando
walaupun banyak dugaan dan rintangan selama di sekolah tersebut
namun
dia mampu membuktikan
belajar di Sekolah Agama juga mampu melanjutkan pelajaran 
ke luar negara
malah
keistimewaan belajar di situ
menjadikan Alif seorang yang dapat menguasai
bahasa Arab dan Inggeris dengan amat baik
begitu juga
dengan sifat guru-guru pengajar
yang banyak mengorbankan tenaga walaupun upah tidak lumayan
istiQamah yang amat tinggi

kadang-kadang terfikir adakah sekolah yang begitu?
kena fasih Bahasa Arab & Inggeris dalam 3 bulan!
wajib pidato dalam kedua-dua bahasa!
tetapi tiada peperiksaan khusus?
belajar dan Amal
Praktikal dan teori dalam satu....
masih ada ke sekolah agama di Malaysia yang menekankan sistem begitu?

bisik hati tanya naluri
 


Rabu, 10 November 2010

Kahwin Perdana: RM100,000 Program Cepat Kahwin

KOTA BHARU, 9 Nov 10: Kelantan sekali lagi mencetus idea baru apabila menaja 100 pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan sempena program Kahwin Perdana 2010, 25 Disember ini. Program itu akan diadakan di Dewan Besar Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM100,000 bagi membantu belia-beliawanis kurang berkemampuan mendirikan rumahtangga.

”Selain itu kerajaan memperuntukkan sebanyak RM100,000 lagi untuk majlis kenduri selepas majlis akad nikah diadakan,” katanya pada persidangan media di sini hari ini.

Wan Ubaidah berkata, program itu diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan dan ganjaran bagi mempercepatkan perkahwinan. Oleh itu beliau berharap program Kahwin Perdana akan menjadi dorongan kepada muda-mudi yang ingin berkahwin tetapi kurang berkemampuan.

Mereka yang berminat boleh hubungi:
Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan
di talian 09 7476568 atau 013-9846913
atau 013 – 6946911.
Tarikh tutup 15 November ini

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Islam adalah agama yang menganjurkan perkahwinan. Malah tiada agama tidak menganjurkan perkahwinan kerana perkahwinan adalah satu-satunya cara untuk membina keluarga dan mengembangbiakkan umat manusia.
Islam melihat perkahwinan sebagai satu daripada fitrah manusia. Itulah sebabnya Allah menjadikan manusia ini berpasangan-pasangan (ar-Rum: 21). Melalui perkahwinan juga, Allah mengurniakan manusia dengan keturunan yang melaluinya umat manusia berkembangbiak (an-Nahl: 72). Selain ayat-ayat ini, Allah juga berfirman di dalam al-Quran tentang kehidupan para Rasul yang juga berumahtangga (ar-Ra'd: 38).
Begitu juga hadis Nabi yang bermaksud, "Perkahwinan adalah salah satu sunnahku. Barangsiapa tidak menyukai sunnahku, maka sesungguhnya ia tidak meyukai aku." Juga, "Seseorang yang menikah telah menenangkan separuh agamanya. Maka hendaklah ia bertakwa kepada Allah dengan menjaga separuh yang lain." Dalam menganalisa hadis ini, Imam al-Ghazali berpendapat, "dengan melangsungkan perkahwinan, seseorang itu akan dapat menjaga dirinya dari kerosakan agama atau akhlaknya. Dapatlah disimpulkan bahawa yang paling merosakkan akhlak seseorang itu ialah perut dan kemaluannya. Oleh sebab itu, dengan berkahwin akan terpeliharalah salah satu penyebab utama kerosakan agamanya. "
Dalam konteks ini, tentulah perkahwinan itu perlu disegerakan. Walau bagaimanapun, ada satu syarat yang perlu dipenuhi sebelum seseorang itu boleh berkahwin iaitu kemampuan. Ini kerana dalam sepotong hadis Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa memiliki kemampuan untuk kahwin, hendaklah ia berkahwin. Hal itu lebih membantu menjaga pandangan serta melindungi kemaluan. Namun, apabila tidak mampu, hendaklah ia berpuasa. Dengan berpuasa, syahwatnya akan lemah." Hadis ini menunjukkan bahawa bila ada kemampuan, kahwinlah. Jangan ditangguhkan lagi. Sebaliknya, bagi yang tidak mampu, ia tidak boleh berkahwin sebaliknya berpuasalah untuk menjaga nafsunya.
Jadi, adalah jelas bahawa Islam adalah satu agama yang menganjurkan perkahwinan dan ia melihat bagi yang mampu, lebih cepat berkahwin adalah lebih baik. Oleh yang demikian, dalam konteks sekarang, kalau sudah berkemampuan, kahwinlah dan jangan tangguh-tangguh lagi. Tambah pula jika penanguhan itu bagi tujuan-tujuan seperti untuk memenuhi kepuasan hidup bujang atau untuk mengelakkan diri dari dikongkong. Ini tentunya bertentangan dengan Islam kerana perkara-perkara ini akan mendedahkan kita kepada perkara-perkara yang tidak baik.
Perkahwinan perlu dipermudah dan diperepatkan. Inisiatif kerajaan Kelantan sekarang menuju ke arah itu. Alhamdulillah.
Satu daripada kesan atau akibat dari fenomena kahwin lewat ini ialah masalah ketidaksuburan. Dilaporkan, kira-kira 690, 000 orang iaitu 6.4 peratus daripada wanita negara ini mengalami masalah ketidaksuburan dan memerlukan rawatan fertiliti (Berita Harian, 27 Julai 2001, ms. 9). Salah satu faktor yang menyumbang kepada angka ini menurut Ketua Pengarah LPPKN dalam laporan tersebut ialah penangguhan umur perkahwinan wanita (hingga 23 tahun) yang menjadi kecenderungan dalam masyarakat negara ini. Itu, hampir 10 tahun lalu, sekarang kita terima akibatnya, seperti seks bebas, lari dari rumah, buang bayi dan lain-lain.
Kesimpulan: Tulisan ini bukan bertujuan untuk menyeru agar semua rakyat Malaysia berkahwin pada usia muda. Ini kerana terbukti bahawa dalam sesetengah keadaan, penangguhan perkahwinan tidak dapat dielakkan. Misalnya, ketika melanjutkan pelajaran atau ketika menanggung keluarga, walaupun ada banyak cara mengatasinya. Sebaliknya, tulisan ini bertujuan untuk menyedarkan beberapa pihak tentang beberapa perkara.
Satu: Kepada individu, kalau sudah berkemampuan, kahwinlah. Janganlah tuntutan agama ini ditangguh-tangguh,konon untuk mendapatkan keseronokan hidup membujang yang tidak akan ada penghujungnya. Ikhtiarkanlah melalui saluran-saluran yang baik dan sopan agar jodoh itu dipertemukan.
Dua: sebagai individu, kita perlu melihat perkahwinan dengan perspektif yang betul. Perkahwinan sebagai satu tuntutan agama perlu menjadi idaman kita dan bukan menjadi kebencian kita. Ingat hadis di atas yang bermaksud, "Barangsiapa tidak menyukai sunnahku, ia tidak termasuk golonganku. Di antara sunnahku ialah perkahwinan, maka barangsiapa mencintaiku hendaklah ia mengikuti sunnahku." Jadi, elakkanlah diri dari membenci perkahwinan.
Walaupun ada banyak kisah sedih dan menakutkan di sebalik perkahwinan tetapi ia bukan kerana perkahwinan itu tidak baik, sebaliknya kerana orang-orang yang berkahwin itu tidak melaksanakan apa yang dituntut dari perkahwinan. Takkanlah kerana nyamuk kita nhak bakar kelambu, kita rasa kelambu itu tiada manfaatnya. Nyamuk akan sentiasa ada tetapi jika kita pastikan bahawa kelambu itu tidak terkoyak dan ia dipasang dengan baik. Insya'Allah kita akan menfaatkan kelambu sebaik-baiknya.
Tiga: Bagi wanita yang merasakan mereka boleh hidup sendiri tanpa suami.. ingatlah bahawa perkahwinan dalam Islam mempunyai banyak tujuan, bukan untuk mendapatkan tempat bergantung semata-mata. Melalui perkahwinan, bukan sahaja nafkah wanita ditanggung, tetapi keselamatannya juga terjaga. Melalui perkahwinan juga, wanita mendapat teman hidup yang melaluinya diperolehi kasih-sayang dan ketenangan.
Melalui perkahwinan juga, seks 'satu naluri manusia' terpenuhi dengan cara yang halal dan dari situ zuriat dilahirkan dan keturunan manusia berkembang biak. Jadi, rasa berdikari yang diperolehi dari gaji itu, tidak sama dengan ketenteraman hati diperolehi dari perkahwinan seperti dijanjikan oleh Tuhan.
Empat: Kepada ibubapa, mainkanlah peranan dalam hal ini, kerana ia juga satu tanggungjawab ibubapa kepada anak-anaknya. Jadi, bila anak-anak itu sudah dewasa dan mampu, suruhlah mereka berkahwin. Tanyakanlah pada mereka apakah mereka mahu kita mencarikan pasangan atau mereka boleh mencarinya sendiri. Kadangkala anak-anak ini malu untuk bersuara. Jadi, dengan ibubapa yang memulakannya dahulu, ianya lebih mudah untuk diteruskam.

Lima: Kerajaan sepatutnya memantau masalah ini, sesuai kehendak agama dan kaum masing-masing. Yang patut dibenci dan ditolak ialah kerajaan yang tidak mahu hidup cara agama, menggunakan agama waktu terdesak sahaja.

Sekian.

Isnin, 8 November 2010


pes...pest...
nak bisik nie.
semalam dapat info
Nizar adik PM kite pergi berurut
kemudian dia mengesyorkan pada tukang urut tu
tau apa dia suruh?
jeng..jeng..jeng...
"awak beli lah duit dinar iraq"
anda paham maksudnya?
heheheehee.....sedangkan nizar CEO CIMB pun syorkan begitu
takkan kite wat dono je?
hehehhee...fikirkan lah..
jika lambat anda kerugian
ia bukan datang setahun sekali
tapi datang hanya sekali dalam hidup anda..
berbahagia la anda.. ingin keterangan lanjut disini

Ahad, 7 November 2010

Cicak Tokek

Jual cicak lagi mahal dari katak
dengar kata boleh mengubati HIV
Aids pun dah ada ubat
lepas ini orang pun tak takut la ade HIV
sebe boleh telan cicak tokek nie..hehhehee
dunia...
tetapi sememangnya benar
Allah tidak mendatangkan pemyakit tanpa ada ubatnya
sebagai hamba dan manusia
MENCEGAH lebih baik daripada MENGUBAT

Dinar Iraq


Perdana Menteri Iraq telah dilantik
Nouri Al Maliki 
yang menggantikan tempat Saddam Hussein
 telah mula bersidang pagi nie Jam 11.11 pagi
maka
ura-ura akan diapungkan dinar iraq
bakal menjadi kenyataan
mereka yang memiliki note
senyumlah...sujudlah..
anda bakal bergelar OKB.hehehehe...
semalam tepat 9.50 malam 
kereta aku telah di langgar
bercalar sudah bertambah di sisi driver
orang yang langgar tu boleh pula cakap salah aku
memang menaikkan kemarahan sungguh
lelaki melayu, pakai baju melayu lagi
kereta toyota estima
berlagak nak mampus
angin
sakit ati punye pasal aku pun buat report kat balai polis trafik di jalan bandar belakang petaling street

memang takde maaf bagi mu
sampai mati
memang benar2 menyakitkan ati...uh..


Khamis, 4 November 2010

Berangan ke Pulau Jeju di Korea


KOREA
Pakej Seoul, Jeju Island
( 6H / 4M )

Program : Harga Pakej : Jadual Penerbangan :

Last Update: 17 June 2010


                                              ni kira tentatif program>>>> menarik kan????
HARI Pertama KUALA LUMPUR / KOREA
Berkumpul di KLIA sebelum berlepas ke Incheon, Korea.

HARI Kedua INCHEON / JEJU ISLAND ( MT/MM )
Sampai di Incheon, anda akan disambut oleh wakil kami. Transfer ke dewan berlepas untuk domestik. Berangkat ke Jeju Island. Makan tengahari - Vege. Lawatan di ‘Jeju Folkore & Nature History Museum. Juga lawatan ke Yongduam Rock. Shopping di Tapdong Market. Makan malam – Vege dan check in hotel. Jeju Island

HARI Ketiga AIR TERJUN CHEONJIYEON (SP/MT/MM)
Awal pagi, lawatan ke Sunrise Peak. Setelah bersarapan, lawatan ke Cheonjiyeon Waterfall. Makan tengahari – Vege. Lawatan ke Seongeup Folk Village dan akhir sekali ke Myetery Road. Makan malam – vege. Kembali ke hotel. Cheonjiyeon Waterfall.

HARI Keempat JEJU / SEOUL ( SP/MT/MM)
Selepas sarapan, berangkat ke airport untuk penerbangan ke Seoul. Sampai di Seoul makan tengahari – Halal. Selepas makan, lawatan di masjid Seoul dan shopping di Itawon. Peserta dibawa shopping ‘National Ginseng Outlet’ dan ‘Amethyst Factory’, Check in hotel. Masjid Seoul

HARI Kelima EVERLAND (SP/MM)
Selepas sarapan pagi, bersuka-ria di Everland - tiada makan tengahari disediakan. Sebelah petang kembali ke Seoul. Shopping di cosmetic shop. Kemudian shopping di Namdaemund market. Makan malam – halal Everland

Hari Keenam SEOUL / KUALA LUMPUR (SP/MT)
Selepas sarapan, aturcara bebas. Selepas makan tengahari, anda akan dibawa ke airport untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Harga Pakej
Harga Pakej Seorang :
Dewasa                           
RM 4,477.00 Bilik Berdua
RM 4,350.00 Warga Emas      

Kanak-kanak
RM 3,880.00   Berkatil              
RM 3,500.00   Tanpa katil         


Jadual & Tarikh penerbangan :
 

16 Oct KUL / ICN KE 672 2325 0705 +1
17 Oct GMP / CJU KE 1223 1125 1230
19 Oct CJU / GMP KE 1214 1135 1240
21 Oct ICN / KUL KE 671 1635 2200
# Harga dan aturcara tertakluk kepada perubahan. Kenaikan harga tiket kapal terbang akan ditanggung oleh peserta walaupun telah membayar deposit.

Harga Termasuk:

* Tiket penerbangan kelas ekonomi dari KLIA
* Penginapan di hotel 3 Bintang (2 orang sebilik)
* Airport tax
* Segala lawatan yang diaturkan termasuk tiket-tiket untuk memasuki tempat-tempat lawatan.
* Makanan HALAL seperti dalam aturcara


Harga TIDAK termasuk:
* Segala perkhidmatan tambahan di hotel/tempat-tempat lawatan.

Peringatan:

1. Semasa berada di luar Bandar Seoul, tiada restoran muslim oleh itu hanya makanan vegetarian & seafood disediakan.

2. Peserta dikehendaki menyerahkan salinan passport 2 minggu sebelum tarikh berlepas.

3. Harga hanya anggaran, sila hubungi pegawai kami untuk pengesahan. Harga & aturcara tertakluk kepada perubahan.



PENDAFTARAN:
  1. Bayaran deposit sebanyak RM 500.00 seorang semasa pendaftaran dan bayaran penuh 25 hari sebelum berlepas.
  2. Bayaran boleh dibuat secara tunai ke pejabat atau dimasukkan ke akaun :
ACC NO : 5144 0480 2849 MALAYAN BANKING BERHAD
Taman Maluri, K. Lumpur

ACC NO : 264 179 0000 5069 RHB Bank
Taman Shamelin Perkasa, K.Lumpur

Bayaran dengan cek boleh dibuat atas nama penerima:

POTO TRAVEL & TOURS SDN BHD

hehehehhe....ade harapan tak dapat g sana
aduh...bila la erk

Rabu, 3 November 2010

sapa kenal lelaki ini pula?

inilah seorang tokoh islam yang bersuara lantang
di PBB
tahu ke PBB ape?
tanya Pakcik google
tentang apa dan kisah apa

sapa?
.............................
peminat korea pasti kenal
kalau adik-adikku minat dengan muzik
kakak-kakaknye layan Story

kenapa minat dia?
hehehe.....ada kejutan nanti
tunggu ye..

Selasa, 2 November 2010


Rasulullah Saw berpesan
 bersungguh-sungguh agar kaum wanita lebih diutamakan
daripada orang lain dalam usaha
menanamkan keyakinana
Wajib diusahakan agar kaun wanita teguh
berpegang pada ketentuan
agamanya,
kerana Islam mengkehendaki kemantapan 
dan kesejahteraan keluarga,
kerana isteri tanpa keteguhan agama bererti bencana
bagi suami dan
keturunannya

Kuat Vs Lemah




Kuat Vs Lemah
orang kata yang kuat akan menang
yang lemah akan kalah
betul ke?
pada aku kuat atau lemah semua manusia ada
cuma nak mengaku atau tidak
setiap kekuatan itu akan
mengurangkan kelemahan yang ada.
seperti kelebihan menutupi kekurangan
itulah
kuat dan lemah
sebenarnya saling melengkapi
antara satu sama lain

Isnin, 1 November 2010

Jangan Menangis tau...Sediakan tisu

Maaf..., entry ini agak panjang sedikit. Sediakanlah tisu atau payung sebelum membacanya... kerana ramalan kaji cuaca mengatakan hujan akan turun dengan lebatnya sebentar lagi... semoga menjadi tauladan kepada semua supaya menerima keadaan pasangan lu orang seadanya... wallahuaklam...

Gua dah bernikah sekarang. Isteri gua memang baik sangat2. Tapi dia tak seperti yang gua expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, gua tengok dia memang sorang yang pendiam jer…, jarang gile cakap dengan lelaki. Member2 memang puji la cara dia. So memang susah jugak gua nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh…. Memang obvious lah kalau gua tegur. Tapi gua suka dia macam tu, so takda la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 dengan lelaki lain..

Cantik???

Memang laaaa...., kalau tak gua comfirm tak sangkut punyer. Haha... Cantik pada mata gua laaaa.... Member2 pon ada yang cuba usha…. Sori le... dia nak layan. Haha…. Memang market gua.... Last2 gua yang dapat, memang rasa bangga gilerrrr.... hehehe..

Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan. Hahaha....

Gua usha cara yang elok laaaa..., gi jumpa bapak dia dulu, gentlemen beb! Slowtalk dengan bapak dia. Err...., bapak dia nama Marzuki. Bapak dia ni jenis sound direct rupanya.. Perghhh.., memang kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal tak anak dia? Gua cakap tak sangat. Bapak dia tanya lagi, kenapa nak kahwin dengan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab apa? Gua cakap tak tau.. Habis kalau tak dapat anak dia? Gua cakap nak jugak!!!! Bapak dia sound la..., “ko ni, camna ko nak kawin dengan orang yang ko tak kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam, hahaha...

Masa tu rasa down giler... bhai.... Bapak dia macam tolak mentah-mentah je proposal gua.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta gua??? Huhuhu.... time tu gua dah terpikir nak usha calon lain jer…. Gua memang ada lagi sorang yang gua suka. Haa… yang ni gua memang kamceng giler…. wa cakap luuu…. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang serasi lah dengan minah ni…. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.

Hari keputusan proposal gua akhirnya tiba. Keputusannya.. jeng.. jeng… jeng.. tak seperti yang gua jangkakan. Hahaha… gua ingat kena reject, sekali family diorang terima. Warghh….. happy giler... beb…. syukurrrrr..... Alhamdulillah.

So, memang sah la takda jodoh gua dengan Ika. Time gua bagitau Ika gua nak nikah, dia accept jer….. Kejam gila gua…. Dia kata semoga gua bahagia.. lepas tu kami dah tak jumpa.

Lepas akad nikah, kompomlah gua sebagai suami Ara. Happynya gua Tuhan jer… yang tau.. kat rumah dia macam biasa, cool jer.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah gua tanya, setengah patah dia jawab. Kalau gua tak buka mulut, memang tak berbunyilah rumah kitorang.

Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi gua yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila gua cakap pasal something, dia macam blur... Macam tak supportive sangat. Last2 gua dah malas nak borak.. oh boringnya….  Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia jer… sengih. Cam yang gua buat kat bapak dia dulu. Psycho seyh..

Nak jadik lagi tensen, gua ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini gua pulak memang macam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas gua yang bersisa rokok pon, dia mesti batok.. tak bau asap rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang gua merokok..  kalau gian sangat pon gua merokok time kat ofis jer….

Isteri gua kerja hospital, bahagian obat-obatan.. Gua lak tak boleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 gua yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, memang hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So gua akan selalu bukak tingkap, nyaman sket.. hehehe…

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. takleh bukak tingkap kete, gua dah memang pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lagi, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat hospital, doktor kata isteri gua keguguran akibat kemalangan tu. Hah….???

Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon tak tahu.. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu gua terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. gua dah korbankan rokok gua, so dia kena korbankan kerja dia. Gua dah tak tahan bau ubat!! Gua sorang kerja dah cukup untuk sara hidup kami!

Dekat setahun kami nikah, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat gua, nak gua ambik dia jadik bini no. 2.. perghhh… dia sanggup..

Alamak ni dah kes angau betol.. padahal gua baru jer kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat gua. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes gua memang tak kamceng mane dengan bini gua sekarang.. And banyak benda yang kami takda persamaan.

Ara memang tak banyak bercakap. Kalau gua cuba buat lawak, dia macam tak tangkap jer…. Sedih tol.. tak pandai nak borak. Kalau jumpa member2 gua lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kecuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama jer.... hahaha.... macam tu la isteri gua.. kadang2 bila fikir lucu pun ada jugak....

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Gua cuba biasakan diri dengan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba berhenti merokok waktu awal2 nikah dulu.. Ara pulak dah tak kerja, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Gua bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Gua takleh menduakan Ara.. Gua memang sayangkan Ara. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu memang last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tapi dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan isteri gua. Bab2 agama, mengaji semua dia memang bagus. Anak gua Hafiz, memang dia trained elok2 ngaji Al-Quran. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi gua itu la investment yang sangat2 menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami tak seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari gua makin bosan dengan rumahtangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Gua pulak suka keluar lepak dengan kawan2. Makin lama makin jarang gua duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 gua dah kena gi kerja.

Dalam tempoh tu jugak, gua sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate gua. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis gua.. Berbekalkan muka yang agak ada market ni, dia macam sangkut lak kat gua. So… dialah yang selalu gua ajak keluar malam, teman gua borak2, kadang2 sampai pagi!

Gua sedar gua seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati gua.. Teringin nak kawin dengan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat gua luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat gua. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi gua memang terhibur bila dok dengan Lisa. Isteri gua kat rumah, dengan anak gua jarang sangat gua luangkan masa..

Ara sedar akan perubahan gua dari hari ke hari. Dia mula sedar gua ada pompuan lain. Satu hari dia bagitau, dia izinkan kalau gua nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. gua pelik, apa kaitan??

Dan gua terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make- up kat muka 2 inci macam takleh kena air, tak ambik air semayang ke? tak semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!

So... gua postpone dulu hajat nak kawin dengan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan apa gua cakap. So.. sad!!!..

Ketika perkahwinan gua dengan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru gua diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah…!!!

Doktor bagitau, Ara dah lama sebenarnya kena barah (kanser tekak/tonsil) tu, penyakit yang akan buat dia selalu batuk, dan terpaksa menahan sakit bila bercakap! Gua rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia tak bagitau gua..???

Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia sekarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi camana dia boleh ajar anak gua mengaji?

Doktor tu bagitau, memang ada ubat untuk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap jer.. Tapi Ara tak boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal…!!!

Gua buntu…..

Masa itulah baru gua terfikir, kami tak pernah bertikam lidah, tak pernah gadoh.. Mungkin itu hikmah dia.. Tapi gua tak sedar selama ni.. gua asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan gua. Dan tak pernah luahkan derita kat gua..

Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara tak dapat bertahan lama.. Gua menangis depan doktor tu puas2, walaupun doktor pompuan. Gua dah tak kisah. Gua menyesal dengan cara gua layan Ara selama ni.

Dia dah bagi gua macam2, jaga makan minum, pakaian gua, ajar anak kami mengaji, memang tak pernah melawan apa gua cakap, apa gua suruh..

Gua suruh dia berhenti kerja dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan kerja dia.. Maafkan abang Ara..

Bila balik rumah nak mandi kejap, gua sempat tengok balik kenangan2 kami.. Gua belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami nikah dulu. Ada satu kotak jam, jam yang gua pakai sekarang.. gua terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!
1 Julai 2007,

Buat suami yang baru kupunya,

Terima kasih kerana menawarkan cintamu, Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu, Ara memang cinta padamu, Dan Ara menangis bila abang melamarku.

Buat suamiku yang baru kupunya,

Luaranku mungkin nampak sempurna, Luaranku mungkin ramai yang terpesona, Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka, Kerna suaraku bukan kepunyaan kita.

Buat suamiku yang baru kupunya,

Andai abang ingin melihat Ara ketawa, Ara hanya mampu tersenyum pada abang, Andai abang mahu Ara berjenaka, Mungkin Ara akan menangis dibahu abang, Kerana Ara tak mampu berbicara, Seperti orang lain berbicara, Kerana Ara tak mampu ketawa, Seperti orang lain ketawa.

Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang, Ara pasrah dan relakan abang menjauhi, Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang, Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..

Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..*
Berderai lagi airmata jantan gua. Kenapa gua tak terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa gua tak tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?

4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri gua segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah gua beri kat Ara?

Mulai saat tu gua jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang kerja ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak gua bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu gua dah serabai gilerrrr…. Sangat tak terurus…. Baru gua sedar pentingnya Ara dalam hidup gua.

Dalam keadaan Ara yang agak lemah, gua minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Gua nak temani dia puas2. Gua nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu gua. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu gua akan simpan sampai bila2.

Dia tulis dia tak menyesal nikah dengan gua. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan gua. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Gua dah tak mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada gua melihatnya.

“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah gua separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”

Gua tak tahu apa lagi boleh gua buat.. Gua bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Gua pasrah….. Kesedihan gua terubat bila gua lihat dia pergi dengan tenang. Sempat gua ajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu gua kucup buat kali terakhir.. innalillahiwainaillahirojiun… selamat menemui PENCIPTA mu sayangKu…

Kini…, hampir 5 tahun usia pernikahan kami, tinggal gua dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara……

(Di petik dari email, tak tau siapa penulis asalnya, kredit kepada tuan punya artikel. Amat menyentuh hati….)

Ahad, 31 Oktober 2010

Piala Malaysia 2010

hari sabtu aku tidak berpeluang melihat perlawanan bola sepak akhir antara Kelantan VS Negeri Sembilan. 
Benar-benar lupa. 
Tapi aku ramalkan menjadi kenyataan.huhuhu....

Jumaat, 29 Oktober 2010

Kebakaran Jam 1555

hari ini di bangunan tempat keje aku satu unit pejabat telah terbakar disebabkan aircondnya jatuh dan meletup.

Panik gilo..merebat je lari turun Ingat boleh dah balik,tapi seme dah reda atas kerjasama jiran-jiran sebelah bertindak sebelum kedatangan Bomba. 

Tahniah buat mereka yang terlibat membantu.

Khamis, 28 Oktober 2010

Bila Al-Quran Mula Berbicara


Waktu engkau masih kanak-kanak. ......... ...
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh
dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa...... ........
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah....?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji..... ..
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi- pagi...surah- surah yang ada padaku engkau baca beberapa
halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka
surah2ku(Bismillah) .
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku. ........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku


Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu..... ....
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w..t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.... .
kubur yang setia menunggu mu.......... .
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an", kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu...... .
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....

Sejarah 25 Tahun

Hari ini dalam sejarah, walaupun agak ketinggalan dapat memiliki blog sendiri tetapi hari ini aku berjaya juga. 
Terima kasih buat adikku Rosefateh kerana memberi dorongan aku untuk memiliki sebuah blog untuk tatapan sendiri dan buat mereka yang bakal mengunjungi blog aku. 
Dengan kehadiran  aku ini mengeratkan perhubungan kepada semua teman dan sahabat handai.Amin