Memiliki 3 putri sememangnya menyeronokkan kerana bonda dapat melihat setaip putri membesar dengan jayanya. terima kasih ayahde sentiasa menyokong dan memahami setiap karenah gegadis dalam hidupnya. walaupun selama ini ayahde sentiasa di kelilimgi 6 orang kakak dan 2 anak saudara perempuan. Ayahde tidak pernah jemu terus di keliling gegadis seperti Jejaka Idaman.
Putri Pertama
Putri Nur Mawaddah seorang kakak yang cepat matang walaupun baru berumur 7 tahun., tidak takut darah, manja melebihi adik-adiknya.
Walaupun adakala sikapnya blur-blur tapi bila sudah dapat tangkap sesuatu dia mudah ingat dan akan terus tersemat di otak. itulah kelebihan seorang kakak. kakak gelaran di rumah , malah, sepupu yang tua 3 tahun daripadanya pun panggil nya kakak.
Memori ingatan terbaik. baru darjah 1 tetapi apa pesanan dan setiap butiran yang guru pesan akan diingati.
Kakak semoga menjadi anak yang sentiasa membantu dan menolong insan yang memerlukan. mudah simpati dan memiliki empati yang tinggi.
Belum mengenal pasti apa cita-citanya, cikgu, @ pegawai bomba. hakikatnya dia gayat namun pencinta binatang, semoga diberi kemudahan atas kelebihan yang dimiliki. Amin
Kini kakak sudah umur 10 tahun. Semakin matangdan akak yang bertanggungjawabjawab. Apatah lagi dengan kehadiran seorang adik lelaki. Kakak sudah pandai menjaga adiknya. Paling tua paling manja.
Putri ke- 2.
Putri Nur Maiesya (Mecha) seorang anak yang mudah dibentuk, anak yang paling drama air mata., Kelebihan anak kedua ini yang ini bakal berusia 8 tahun 2022 , seorang anak yang otaknya cerdas.
Benarlah orang kata telinga capang ini mudah masuk ilmu, senang tangkap apa yang cikgu mengajar.
bonda tak nafikan, tapi normal bila budak kena paksa buat PDPR ada masa rajin ada masa bonda menjadi naga. Draama air mata sentiasa ada.
Kak ngah yang sering bersaing dengan kakaknya buat apa yang bonda suruh. Berlumba-lumba, tapi kalau datang aingn tak mahu buat masing- masing tolak menolak. kau laa..kaulah......😉
Cita-citanya nak jadi doktor. Suka buat video sendiri, pengaruh youtube. Bonda tak kisah nak jadi apa pun yang penting semua putri3 bonda menjadi insan yang solehah sentiasa doakan ayahde dan bonda dan memartabatan islam .
Putri ketiga,
Putri Nur Muazarah, 4 tahun 2022. anak yang paling becok. panggilan manja Ara. Becoknya diiktiraf kedua keluarga. Cakap macam orang tua. anak paling cepat bercakap , paling cepat berhenti pakai pampers. paling cepat ke tandas sebab dia suddah pandai cakap nak berak dan kencing.
Impian nak jadi polis, Tak tahu sebab suka baju birunya atau memang suka polis.
Kalau nak cerita keletah si Ara ini memang banyak. Tak daya nak cerita.Bonda simpan sikit untuk penulisan akan datang.
Satu-satunya Putra yang baru ,bakal berusia 3 bulan 10/01/2022. Rezeki yang tidak tersangka, Alhamdulillah,. satu-satunyaa putra yang tiada nama putra di dalam surat beranak.
Pengalaman daripada tahu kehadiran nya dalam rahim sehingga bersalin, banyak episod. Nanti bonda buat satu catitan khas untuk semua anak bonda daripada Si Kakak, Si Mecha, Si Ara, Si Ayyan AF.uyj
WELCOME HOME MY HERO
YOUR FATHER STILL NO 1 IN MY HEART.
SIMPAN UNTUK KENANGAN 19/12/2021